in , , ,

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai

Tarikh Cuti Umum Pesta Kaamatan 2017 Sabah. Bilakah tarikh sambutan Pesta Kaamatan 2017? Umum sedia maklum yang Hari Kaamatan merupakan cuti umum di Negeri Sabah dan Labuan. Tarikh Pesta Kaamatan 2017 atau dikenali sebagai Pesta Menuai adalah pada hari Selasa dan Rabu, 30 dan 31 Mei 2017.

Ini bermakna kedua-dua hari yang dinyatakan diatas merupakan hari kelepasan am buat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selepas pesta ini, rakyat Negeri Sarawak pula akan menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak 2017.

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai : Cuti Umum Sabah Dan Labuan

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan sambutan Pesta Kaamatan 2017 buat panduan semua.

  • Tarikh Cuti : 30 dan 31 Mei 2017 (Selasa dan Rabu)
  • Negeri Yang Bercuti : Sabah dan WP Labuan

Nota

Bermula tahun 2017, Kerajaan telah bersetuju agar pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengambil satu hari cuti tanpa rekod untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Apa Itu Pesta Kaamatan?

Menurut PMR Penerangan, Pesta Kaamatan ataupun dikenali sebagai Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan/ Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik. Tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan “ketua pendita”

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai ‘Tadau Ka’amatan’. Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta, Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan – yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa “Tanpa padi, tiada kehidupan.”

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai “arak beras” dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan ‘Kopivosian Tadau Ka’amatan’ atau ‘Selamat Hari Menuai’.

Selamat menyambut Pesta Menuai. Semoga perkongsian Tarikh Pesta Kaamatan 2017 yang merupakan tarikh cuti umum di Sabah dan Labuan bermanfaat buat semua.

Tarikh Hari Ibu 2017 di Malaysia

Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Tarikh Hari Gawai Dayak 2017 Cuti Umum Sarawak

Tarikh Hari Gawai Dayak 2017 Cuti Umum Sarawak