in ,

Tarikh Hari Raya Puasa 2018 Aidilfitri

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2018 Di Malaysia. Umat Islam kini sedang menjalankan ibadah Puasa Ramadhan. Berakhirnya bulan Ramadhan bermakna bulan Syawal akan tiba. Jadi bilakah tarikh Hari Raya Puasa 2018 di Malaysia? Menurut Kalendar Islam 2018 yang telah diterbitkan oleh JAKIM, umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya Puasa/ Aidilfitri tahun 2018 pada hari Jumaat, 15 Jun 2018. Ianya bersamaan dengan 1 Syawal 1439 Hijrah yang merupakan tarikh cuti umum di Malaysia.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2018 walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal 1439H pada petang Khamis, 14 Jun 2018.

Tarikh Hari Raya Puasa 2018 Aidilfitri

Tarikh Hari Raya Puasa 2018 Aidilfitri Di Malaysia 1439H

Berikut dikongsikan tarikh Hari Raya Puasa 2018 di Malaysia. Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri tahun 2018 akan diumumkan dan diisytiharkan melalui radio dan TV pada malam 14 Jun 2018 (Khamis) sekitar jam 800 malam.

  • 1 Syawal 1439H bersamaan dengan 15 Jun 2018 (Hari Jumaat)
  • * Tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

kalendar tarikh penting ilsam 2018/ 1439H

 

Cara Penetapan Hari Raya Puasa Di Malaysia

Kaedah penetapan Hari Raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab. Penyeragaman sejak dari tahun 1992 dikalangan negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Telah menyaksikan kesemua umat Islam di negara ini menjalankan ibadah puasa dan berhari raya serentak.

Perbincangan Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersetuju menetapkan puasa dan hari raya dengan gabungan kaedah rukyah dan hisab. Tetapi kriteria imkanur-rukyah yang digunakan di resolusi Persidangan Negara-negara Islam di Istanbul pada 1978 telah diubahsuai. Dengan menetapkan anak bulan di kira nampak dan boleh di lihat jika mengikut hisab anak bulan berada di kedudukan berikut pada hari rukyah:

  • a. Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat ketika matahari terbenam, dan
  • b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 3 darjah, atau
  • c. Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Sumber

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Puasa 2018 Aidilfitri Di Malaysia ini boleh dijadikan panduan buat semua dalam merancang perjalanan balik kampung atau percutian semasa hari raya nanti. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *