in

Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia. Bilakah tarikh Hari Ibu 2017 disambut di Malaysia? Happy Mother’s Day atau Hari Ibu adalah satu hari pengiktirafan untuk kaum ibu, emak, mama dan banyak lagi panggilan. Hari Ibu disambut pada hari yangi berbeza di kebanyakan tempat di seluruh dunia dan bukanlah tarikh cuti umum.

Hari Ibu mempunyai peranan yang sama dengan Hari Bapa yang di sambut setiap tahun di seluruh dunia. Ibu Bapa adlah tunjang kekuatan sesebuah keluarga.

Tarikh Hari Ibu 2017 di Malaysia

Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Tarikh sambutan Hari Ibu 2017 di Malaysia adalah pada tarikh seperti berikut :-

  • Minggu kedua bulan Mei 2017 iaitu pada hari Ahad, 14 Mei 2017
  • Koleksi Kad Ucapan Hari Ibu yang menarik klik Selamat Hari Ibu

Hari Ibu : Sambutan Yang Dianjur Menurut Perspektif Islam

Berikut dikongsikan cara sambutan Hari Ibu yang dianjur menurut perspektif Islam :-

  1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
  2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara. Melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
    Hari Ibu 2017 Malaysia
  3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
  4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
  5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

Peranan Ibu Bapa

  1. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
  2. Para ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
  3. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
  4. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
  5. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor). Ianya mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya – Jabatan Mufti Selangor

Selamat Hari Ibu 2017 buat para ibu di Malaysia. Semoga perkongsian Tarikh Hari Ibu 2017 Di Malaysia bermanfaat buat semua anak-anak.

Kalendar cuti umum Melaka 2017

Kalendar Cuti Umum Melaka 2017

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai