in , , ,

Tarikh Hari Gawai Dayak 2017 Cuti Umum Sarawak

Tarikh Cuti Umum Hari Gawai Dayak 2017 Sarawak. Rakyat Negeri Sarawak akan bercuti selama 2 hari bersempena dengan Perayaan Hari Gawai Dayak. Bilakah tarikh sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak 2017? Tarikh Hari Gawai Dayak 2017 yang merupakan tarikh Cuti Umum di Sarawak adalah pada hari Khamis dan Jumaat, 1 dan 2 Jun 2017.

Untuk tahun 2017, Perayaan Hari Gawai Dayak akan disambut beberapa hari selepas sambutan Pesta Kaamatan di Sabah.

Tarikh Hari Gawai Dayak 2017 Cuti Umum Sarawak

Tarikh Hari Gawai Dayak 2017 Cuti Umum Di Sarawak

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan sambutan Hari Gawai Dayak 2017 buat panduan semua.

  • Tarikh Cuti : 1 dan 2 Jun 2017 (Khamis dan Jumaat)
  • Negeri Yang Bercuti : Sarawak

Nota

Bermula tahun 2017, Kerajaan telah bersetuju agar pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengambil satu hari cuti tanpa rekod untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Apa Itu Hari Gawai Dayak?

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Hari Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak ‘arak beras’, dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak tahun 1964.

Pada hari perayaan Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar ‘ranyai’ atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang. sumber

Selamat menyambut Hari Gawai Dayak 2017. Kepada mereka yang bercuti, gunakan masa terluang dengan sebaik-baiknya bersama keluarga tercinta. Selamat bercuti

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai

Tarikh Pesta Kaamatan 2017 Pesta Menuai

Tarikh Hari Bapa 2017 Di Malaysia

Tarikh Hari Bapa 2017 Di Malaysia