in

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia

Senarai Terkini Lokasi Kamera AES Di Malaysia. Hendak tahu dimanakah lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terkini di Malaysia? Pemasangan kamera AES adalah dikawasan/ lokasi yang kerap berlaku kemalangan. Ianya bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan. Oleh itu, sila rujuk Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia ini sebagai panduan semasa memandu terutama perjalanan jauh semasa cuti umum.

Untuk makluman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem Awas bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia

Apa itu AES – Automated Enforcement System?

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.

Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia (Lebuhraya Dan Lampu Isyarat)

Berikut adalah senarai lokasi kamera AES sediada dan yang baru samada di Lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat.

Kamera Had Laju (Jalan/ Lebuhraya)

  1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS – Slim River (Arah Utara)
  2. KM 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
  3. Jalan Ipoh – Butterworth KM 91 (Arah ke Selatan)
  4. KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
  5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah ke Utara)
  6. (Puchong ke Kajang) KM 6.6 SKVE
  7. KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (Arah ke Utara)
  8. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
  9. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
  10. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)

Lampu Isyarat

  1. KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
  2. Jalan Pasir Putih – Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
  3. (Persimpangan Jalan Sepadu) Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  4. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)

Lokasi Kamera AES Baru Terkini

  1. Pagoh : KM 151.4 Lebuhraya PLUS
  2. KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar
  3. Kual Krai : KM 17 Gua Musang
  4. KM96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda
  5. LPT 2 KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
  6. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
  7. KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh

Grafik Lokasi Kamera AES Terkini/ Sediada

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia

senarai lokasi kamera aes terkini di malaysia

Sumber JPJ

Semoga perkongsian Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia bermanfaat buat semua. Marilah sama-sama kita memandu secara berhemah bukan sahaja di lokasi yang disenaraikan malah ketika memandu di jalan raya secara amnya.

Cuti Perayaan Sekolah 2017 KPM

Cuti Perayaan Sekolah 2017 KPM

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya 2017 Kakitangan Awam

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya 2017 Kerajaan