in ,

Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2017

Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang. Bilakah tarikh cuti umum Pulau Pinang untuk tahun 2017 Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2017 atau Hari Kelepasan Am untuk panduan semua. Pulau Pinang atau dikenali sebagai Penang adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang sangat maju di Malaysia. Ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau dan Seberang Perai. Ibu negeri Penang adalah George Town.

Hari kelepasan am Pulau Pinang 2017

Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2017 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2017 untuk panduan anda dalam merancang aktiviti kehidupan seharian termasuk bercuti. Untuk makluman, hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2017.

Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2017

1. HARI KELEPASAN AM (PERSEKUTUAN)

  1. Tahun Baru Cina (2 hari) : 28 Januari (Sabtu) dan 29 Januari (Ahad)
  2. Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V : 24 April 2017
  3. Hari Pekerja : 1 Mei (Isnin)
  4. Wesak Day : 10 Mei (Rabu)
  5. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 29 Julai (Sabtu)
  6. Hari Raya Puasa (2 hari) ( * ) : 25 Jun (Ahad) / 26 Jun (Isnin)
  7. Merdeka Day : Hari Kebangsaan : 31 Ogos (Khamis)
  8. Hari Raya Qurban (*) : 1 September (Jumaat)
  9. Hari Malaysia : 16 September (Sabtu)
  10. Awal Muharam (Maal Hijrah) : 22 September  (Jumaat)
  11. Hari Deepavali ( * ) : 18 Oktober (Rabu)
  12. Hari Keputeraan Nabi Muhamad (S.A.W) (Maulidur Rasul) : 1 Disember (Jumaat)
  13. Hari Krismas : 25 Disember (Isnin)

2. HARI KELEPASAN AM (NEGERI)

  1. Tahun Baru 2017 : 1 Januari (Ahad)
  2. Hari Thaipusam : 9 Februari (Khamis)
  3. Nuzul Al-Quran : 12 Jun (Isnin)
  4. Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia : 7 Julai (Jumaat)
  5. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang : 8 Julai (Sabtu)

CATATAN

( * ) Tertakluk kepada perubahan

PERINGATAN

Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya. Jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong/ Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2017 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang percutian bersama-sama keluarga atau rakan-rakan terutama pada cuti persekolahan nanti.

Kalendar cuti umum selangor 2017

Kalendar Cuti Umum Selangor 2017

Hari Kelepasan Am Negeri Sembilan 2017

Kalendar Cuti Umum Negeri Sembilan 2017