in , ,

Kalendar Cuti Umum Kelantan 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan Tahun 2018.  Panduan buat rakyat Negeri Kelantan yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di Negeri Kelantan Darul Naim tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Kelantan 2018 untuk panduan buat semua bagi membantu anda merangka rancangan atau aktiviti seharian termasuk pada cuti sekolah.

Perkongsian Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan tahun 2018 ini meliputi tarikh atau hari cuti umum dan jenis cuti atau perayaan. Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Kalendar Cuti Umum Kelantan

Kalendar Cuti Umum Kelantan 2018 (Hari Kelepasan Am Negeri Dan Persekutuan)

Berikut adalah tarikh cuti umum Kelantan tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Kelantan adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Ia bersamaan dengan 3 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Terengganu, Kedah dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Kelantan 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan hari kelepasan am Negeri Kelantan untuk tahun 2018. Jadual cuti umum ini mengandungi jenis hari kelepasan am, tarikh dan hari.

Tarikh

Hari

Cuti

16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
18-FebAhadCuti Tahun Baru Cina
1 MeiSelasaHari Pekerja
29 MeiSelasaHari Wesak
2-JunSabtuHari Nuzul Al-Quran
3-JunAhadCuti Nuzul Al-Quran
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
17-JunAhadCuti Hari Raya Aidilfitri
22 OgosRabuHari Raya Haji
23 OgosKhamisHari Raya Haji Hari Kedua
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
6-NovSelasaHari Deepavali
11-NovAhadHari Keputeraan Sultan Kelantan
12-NovIsninHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Peringatan Kalendar Cuti Umum Kelantan 2018

  1. Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Kelantan 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2018

Kalendar Cuti Umum Terengganu 2018 Hari Kelepasan Am