in ,

Jadual Waktu Berbuka Puasa/ Imsak Terengganu 2018

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Terengganu Tahun 2018. Bulan Ramadhan yang mulia akan menemui kita sekali lagi. Perhatian buat umat Islam yang berada di Negeri Terengganu, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Terengganu 2018 bagi Bulan Ramadhan 1439 Hijrah. Sebagai panduan, tarikh mula puasa 1 Ramadhan 1439H di Malaysia adalah pada 17 Mei 2018 (Hari khamis).

Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). Jadual berbuka puasa ini memaparkan maklumat berbuka dan Imsak seperti tarikh dan hari. Terengganu akan bercuti pada Hari Nuzul Al-Quran yang akan jatuh pada hari sabtu 2 Jun 2018.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Terengganu 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Terengganu 2018 (1439H)

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Terengganu tahun 2018 mengikut zon/ kawasan :-

  • Zon 1 – Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus

  • Zon 2 – Besut dan Setiu

  • Zone 3 – Hulu Terengganu

  • Zon 4 – Kemaman dan Dungun

Sumber : JAKIM

Panduan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Terengganu 2018 bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2018. Semoga ibadah kita di terima oleh Yang Maha Esa.

Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2018

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa