in ,

Jadual Waktu Berbuka Puasa/ Imsak Putrajaya 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Putrajaya 2018.  Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Putrajaya tahun 2018 bagi bulan Ramadhan 1439 Hijrah. Sumber jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

Buat panduan anda, tarikh mula puasa 1 Ramadhan 1439H di Malaysia jatuh pada 17 Mei 2018 (Hari khamis). Negeri yang mengambil cuti umum pada awal Ramadhan adalah Johor, Kedah dan Melaka..

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Putrajaya 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Putrajaya 2018 (1439H)

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak bagi seluruh Putrajaya untuk tahun 2018. Jadual ini telah dikategorikan kepada hari, tarikh hijriah dan miladiah dan waktu imsak dan berbuka puasa.

Sumber : JAKIM

Panduan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

Berikut merupakan panduan penting lain semasa bulan Ramadhan :-

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Putrajaya 2018 ini dapat membantu anda merancang perjalan kehidupan anda di bulan Ramadhan ini. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan yang mulia ini.

Senarai Buffet Ramadhan Selangor 2018

Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2018