in ,

Jadual Waktu Berbuka Puasa/ Imsak Pulau Pinang 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Pulau Pinang 2018. Sempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan  yang mulia, berikut merupakan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Pulau Pinang tahun 2018 bersamaan Bulan Ramadhan 1439 Hijrah.

Jadual rasmi yang disediakan khusus ini untuk tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan kepada penduduk setempat. Untuk makluman anda, Hari Nuzul Al-Quran akan disambut oleh umat Islam di Malaysia pada hari sabtu 2 Jun 2018.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Pulau Pinang 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Pulau Pinang 2018 (1439H)

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak bagi seluruh penduduk Pulau Pinang untuk tahun 2018. Jadual yang diberikan ini adalah termasuk hari, tarikh hijriah dan miladiah dan waktu imsak dan berbuka puasa.

Sumber : JAKIM

Peringatan Penting Puasa Di Bulan Ramadhan

Berikut juga merupakan informasi penting lain berkaitan puasa seperti berikut :-

  • Tarikh Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari Khamis)
  • Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa – Klik Niat & Doa
  • Niat Puasa Ramadhan – Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab. Memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan. Ianya bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.
  • Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
  • Marilah kita menunaikan ibadah solat sunat terawih. Panduan cara solat Terawih

Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia. Kepada penduduk Pulau Pinang, diharap jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Pulau Piinang 2018 di atas ini dapat dijadikan sebagai panduan anda semasa bulan Ramadhan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2018

Senarai Bazar Ramadhan Johor 2018

Senarai Bazar Ramadhan Johor 2018