in ,

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2018.  Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Perak tahun 2018 bagi bulan Ramadhan 1439 Hijrah. Sumber jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2018 (1439H)

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak bagi seluruh Negeri Perak untuk tahun 2018. Jadual ini telah dikategorikan kepada hari, tarikh hijriah dan miladiah dan waktu imsak dan berbuka puasa mengikut zon zon yang dibahagikan. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2018 Negeri Perak yang dibahagikan kepada tujuh zon/ kawasan:-

  1. Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  2. Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput, Kuala Kangsar
  3. Zone 3 – Pengkalan Hulu, Gerik, Lenggong
  4. Zon 4 – Temengor dan Belum
  5. Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datuk, Kampung Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
  6. Zone 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  7. Zon 7 – Bukit Larut

 

Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Zone 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput, Kuala Kangsar

Zon 3 – Pengkalan Hulu, Gerik, Lenggong

Zone 4 – Temengor dan Belum

Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datuk, Kampung Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Zone 7 Bukit Larut

 

Sumber : JAKIM

Peringatan Puasa Di Bulan Ramadhan

Peringatan penting lain berkaitan puasa seperti berikut :-

  • Tarikh Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari Khamis)
  • Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa – Klik Niat & Doa
  • Niat Puasa Ramadhan – Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab. Memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan. Ianya bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.
  • Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
  • Amalan solat sunat terawih merupakan keistimewaan bulan Ramadhan. Berikut merupakan panduan cara solat Terawih

Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia. Diharap Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Perak ini dapat sedikit sebanyak mempermudahkan perjalanan khususnya warga Negeri Perak dalam mencari redha Allah s.w.t di bulan yang mulia ini.

 

Waktu berbuka puasa dan Imsak selangoe 2017

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Pulau Pinang 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa/ Imsak Pulau Pinang 2018