in ,

Waktu Berbuka Puasa/ Imsak Negeri Sembilan 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2018. Bulan Ramadhan yang mulia kembali menemui kita lagi. Bagi penduduk Negeri Sembilan yang ingin merancang perjalanan kehidupan anda di bulan Ramadhan ini, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan.

Jadual rasmi yang disediakan khusus ini untuk tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan kepada penduduk setempat. Untuk maklumat,  Hari Nuzul Al-Quran  akan jatuh pada hari sabtu 2 Jun 2018.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2018

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2018 Negeri Sembilan yang dibahagikan kepada dua zon/ kawasan:-

  • Zon 1 : TAMPIN DAN JEMPOL
  • Zon 2 : SEREMBAN, P.DICKSON, K.PILAH, REMBAU DAN JELEBU

Zon 1 : TAMPIN DAN JEMPOL

Zon 2 : SEREMBAN, P.DICKSON, K.PILAH, REMBAU DAN JELEBU

Sumber : JAKIM

Peringatan Puasa Di Bulan Ramadhan

Peringatan penting lain berkaitan puasa seperti berikut :-

  • Tarikh Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari khamis)
  • Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa – Klik Niat & Doa
  • Niat Puasa Ramadhan – Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab. Memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan. Ianya bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.
  • Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
  • Amalan solat sunat terawih merupakan keistimewaan bulan Ramadhan. Berikut merupakan panduan cara solat Terawih

Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia. Kepada penduduk Negeri Sembilan, selamat menjalani ibadah puasa ini. Diharap Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2018 di atas ini dapat dijadikan sebagai panduan anda di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Melaka 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2018

Senarai Buffet Ramadhan Johor Bahru 2018