in ,

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2018. Buat rakyat dan penduduk Melaka yang ingin mengetahui waktu berbuka dan imsak di Melaka, berikut merupakan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka tahun 2018 bagi Bulan Ramadhan 1439 Hijrah.

Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) ini akan memudahkan persiapan berbuka dan bersahur anda di bulan ini. Untuk makluman, Hari Nuzul Al-Quran akan disambut oleh umat Islam di Malaysia pada hari sabtu 2 Jun 2018.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2018 (1439H)

Berikut merupakan jadual waktu berbuka puasa dan Imsak buat seluruh negeri Melaka untuk tahun 2018. Jadual yang disediakan mengikut kategori adalah termasuk hari, tarikh hijriah dan miladiah dan waktu imsak dan berbuka puasa.

Sumber : JAKIM

Panduan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Diharapkan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2018 dapat memudahkan perjalanan kehidupan anda di bulan Ramadhan ini. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita di terima oleh Yang Maha Esa.

Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2017

Waktu Berbuka Puasa/ Imsak Negeri Sembilan 2018