in ,

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018. Sempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018 serta Putrajaya bagi Bulan Ramadhan 1439 Hijrah. Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

Umat Islam di seluruh negeri di Malaysia akan memulakan ibadah puasa Ramadhan pada hari khamis, 17 Mei 2018. Jadual berbuka puasa dan Imsak seluruh negeri di Malaysia boleh layari di Buka Puasa.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018 (1439H)

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa dan Imsak buat seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk tahun 2018. Maklumat yang dikongsikan adalah termasuk hari, tarikh hijriah dan miladiah dan waktu imsak dan berbuka puasa.


Sumber : JAKIM

Maklumat Penting Puasa Di Bulan Ramadhan

Dikongsikan juga maklumat penting lain berkaitan puasa seperti berikut :-

  • Tarikh Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari khamis)
  • Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa – Klik Niat & Doa
  • Niat Puasa Ramadhan – Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab. Memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan. Ianya bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.
  • Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
  • Marilah sama-sama kita mengerjakan solat terawih. Panduan cara solat Terawih

Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia. Kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, sila rujuk Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018 di atas ini sebagai panduan semasa bulan Ramadhan.

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2018