in ,

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2018. Bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor bagi tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah. Sumber jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual berbuka puasa ini memaparkan maklumat berbuka dan Imsak seperti tarikh dan hari. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Nuzul Al-Quran yang akan jatuh pada hari sabtu 2 Jun 2018.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2017

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2018 (1439H)

Berikut merupakan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2018 Johor yang dibahagikan kepada  empat zon/ kawasan:-

  • Zon 1 : Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil.
  • Zon 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau yang berdekatan.
  • Zon 3 : Bagi Daerah Pontian dan Kluang.
  • Zon 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor.

Zon 1 : Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil.

Zon 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau yang berdekatan.

Zon 3 : Bagi Daerah Pontian dan Kluang.

Zon 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor.

Sumber : JAKIM

Maklumat Penting Puasa Di Bulan Ramadhan

Dikongsikan juga maklumat penting lain berkaitan puasa seperti berikut :-

  • Tarikh Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari khamis)
  • Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa – Klik Niat & Doa
  • Niat Puasa Ramadhan – Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab. Memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan. Ianya bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.
  • Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.
  • Marilah sama-sama kita mengerjakan solat terawih. Panduan cara solat Terawih

Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia. Kepada penduduk Johor, sila rujuk Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2018 di atas ini sebagai panduan anda di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2017

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2017

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018 Di Malaysia