in , ,

Cuti Umum Sabah 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Sabah Tahun 2018.  Panduan buat warga Sabah yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di negeri Sabah tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Sabah 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Sabah tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, yang mana Malaysia telah menolak ia sebagai “bukan isu”. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Cuti Umum Sabah 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Sabah 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Sabah tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Sabah adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Sabah 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
30 MacJumaatGood Friday
1 MeiSelasaHari Pekerja
29 MeiSelasaHari Wesak
30 MeiRabuPesta Kaamatan
31 MeiKhamisPesta Kaamatan Hari Kedua
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
6 OktSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Sabah 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Sabah 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Cuti Umum Putrajaya 2018 Hari Kelepasan Am

Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2018