in , ,

Cuti Umum Putrajaya 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Putrajaya Tahun 2018.  Panduan buat warga Putrajaya yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di negeri Putrajaya tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Putrajaya 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Putrajaya tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parliamen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, “putra” bererti “putera” atau “anak lelaki”, dan “jaya” bererti “kejayaan” atau “kemenangan”. Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.

Cuti Umum Putrajaya 2018

Kalendar Cuti Umum Putrajaya 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Putrajaya tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Putrajaya adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Putrajaya 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
31-JanRabuHari Thaipusam
1-FebKhamisHari Wilayah Persekutuan
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
1 MeiSelasaHari Pekerja
29 MeiSelasaHari Wesak
2-JunSabtuHari Nuzul Al-Quran
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Putrajaya 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Hari Kelepasan Am Putrajaya 2018 atau cuti umum ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Cuti Umum Perak 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Sabah 2018 Hari Kelepasan Am