in , ,

Cuti Umum Perak 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Perak Tahun 2018.  Panduan buat warga Perak yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di negeri Perak Darul Ridzuan tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Perak 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Perak tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia. Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Negeri Perak bersempadanan dengan negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang di sebalah barat darat; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau Sumatera, Indonesia di barat daya.

Cuti Umum Perak 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Perak 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Perak tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Perak adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Perak 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
31-JanRabuHari Thaipusam
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
1 MeiSelasaHari Pekerja
29 MeiSelasaHari Wesak
2-JunSabtuHari Nuzul Al-Quran
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
2-NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Perak 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Negeri Perak 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Cuti Sekolah 2018 Malaysia Takwim Persekolahan

Cuti Umum Putrajaya 2018 Hari Kelepasan Am