in , ,

Cuti Tahun Baru Cina 2018 Malaysia CNY

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2018. Bercadang untuk bercuti pada Chinese New Year tahun 2018? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin mengetahui tarikh Cuti Tahun Baru Cina di Malaysia bagi tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Tahun Baru Cina 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian.

Tahun Baru Cina turut dikenali sebagai “Spring Festival” kerana hadir dalam musim bunga dan ditetapkan berdasarkan kalendar lunar Cina. Tarikhnya berubah turun naik, mengikut perspektif Barat tetapi tetap diraikan dalam bulan Januari atau Februari.

Cuti Tahun Baru Cina 2018

Tarikh (Hari) : Cuti Tahun Baru Cina 2018 Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat Cuti Tahun Baru Cina termasuk tarikh, hari, dan negeri.

Tahun

Tarikh

Hari

Cuti

Negeri

201816-FebJumaatTahun Baru CinaSemua Negeri
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari KeduaSemua Negeri
18-FebAhadCuti Tahun Baru CinaJohor, Kedah, Kelantan

Tahun Baru Cina (Bahasa Inggeris: Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Semoga perkongsian Cuti Tahun Baru Cina 2018 Malaysia ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Kalendar Cuti Umum Kedah 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2018