in ,

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Malaysia

Tarikh Hari Raya Haji 2017 Di Malaysia. Bilakah tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia? Berdasarkan kepada Kalendar Islam 1438H/ 1439H yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada 1 September 2017 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438 Hijrah.

Pengumuman rasmi akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 Ogos 2017. Tahun lepas pada 1 September 2016. Pengumuman rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di radio dan TV di Malaysia. Untuk makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  • Tarikh Hari Raya Aidil Adha : 1 September 2017 (Hari Jumaat) – Tarikh rasmi
  • 10 Zulhijjah bersamaan dengan 1 September 2017
  • Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji/Korban adalah berdasarkan Rukyah ( melihat anak bulan ) dan hisab ( pengiraan matematik secara astonomi).
  • Pengisytiharan tarikh Hari Raya Haji / Qurban (Aidiladha) 2017 di Malaysia
    RTM TV1 adalah pada ( jam 8.00 malam, 22 Ogos 2017 )

Hari Raya Aidiladha/ Haji/ Qurban

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ianya adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Ibadah Korban

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari. Iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

“Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Amal Yang Lebih Disukai Allah

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata’ daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata’ tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun. SUMBER : PMR PENERANGAN

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Malaysia ini bermanfaat buat semua. Ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang percutian bersama keluarga pada cuti umum ini. Selamat Hari Raya Aidiladha 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

Kalendar Cuti Umum Johor 2018

Kalendar Cuti Umum Johor 2018