in

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya 2017 Kerajaan

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Cuti panjang Perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Berita baik buat kakitangan awam dan pesara kerajaan yang bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya. Jadi bilakah Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya 2017?

Terkini : 2 Jun 2017 – Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri 2017 untuk kakitangan awam berjumlah RM500 dan RM250 kepada pesara kerajaan.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya 2017 Kakitangan Awam

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya Aidilfitri 2017 Kakitangan Awam 

Menurut Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.

Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pada tahun lepas, penjawat awam juga telah menerima Bantuan Khas Kewangan (bukan Bonus) Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen).

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion. Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

  • Bayaran Untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
  • Anggaran peruntukkan : RM1 bilion

Kenyataan Media KKM Bonus Raya 2017

Berikut adalah siaran media Kementerian Kewangan Malaysia mengenai pemberian bantuan khas Raya kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan.

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya 2017 bermanfaat buat semua kakitangan awam. Selamat membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 dan selamat bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Buffet Ramadhan Selangor 2017

Tarikh Hari Raya Puasa 2017 Aidilfitri

Tarikh Hari Raya Puasa 2017 Aidilfitri