in ,

Kalendar Cuti Umum Sabah 2017

Tarikh Cuti Umum Sabah Tahun 2017. Anda ingin mengetahui tarikh Cuti umum di Sabah tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Sabah 2017 merangkumi tarikh cuti umum, hari, jenis cuti dan perayaan. Cuti hujung minggu di Sabah adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

Negeri Sabah atau gelarannya “Negeri Di Bawah Bayu” adalah negeri yang berada luar dari Semenanjung Malaysia selepas Sarawak. Sabah terkenal dengan tempat-tempat/ destinasi pelancongannya yang menarik dan cantik yang patut anda kunjungi pada waktu cuti sekolah / waktu kelapangan.

Kalendar Cuti Umum Sabah

Kalendar Cuti Umum Sabah 2017 (Hari Kelepasan Am)

Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Sabah 2017 yang mengandungi tarikh cuti, jenis cuti dan perayaan serta hari.

Senarai Cuti Umum Sabah 2017

  1. Tahun Baru 2017 : Ahad 01 Januari 2017 (2 Rabiulakhir 1438)
  2. Tahun Baru Cina : Sabtu & Ahad 28-29 Januari 2017 (29 Rabiulakhir & Jamadilawal 1438)
  3. Good Friday : Jumaat 14 April 2017 (17 Rajab 1438)
  4. Isnin 24 April 2017 : Hari Kelepasan Am Tambahan sempena Hari Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V
  5. Hari Pekerja : Isnin 01 Mei 2017 (4 Syaaban 1438)
  6. Hari Wesak (Hari Buddha) : Rabu 10 Mei 2017 (13 Syaaban 1438)
  7. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) : Selasa & Rabu 30 Mei & 31 Mei (4 Ramadhan & 5 Ramadhan)
  8. Hari Raya Puasa / Aidilfitri : Ahad & Isnin 25-26 Jun 2017 (1 & 2 Syawal 1438)
  9. Sabtu 29 Julai 2017 : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
  10. Hari Kebangsaan : Khamis 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438)
  11. Aidiladha/ Hari Raya Qurban  : Jumaat 1 September 2017 (10 Zulhijjah 1438)
  12. Hari Malaysia : Sabtu 16 September 2017 (25 Zulhijjah 1438)
  13. Awal Muharram (Maal Hijrah) : Jumaat 22 September 2017 (01 Muharram 1439)
  14. Sabtu 07 Oktober 2017 : Harijadi Yang Dipertua Negeri Sabah
  15. Hari Deepavali : Rabu 18 Oktober 2017 (28 Muharram 1439)
  16. Jumaat 1 Disember 2017 (12 Rabiulawal 1439) : Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
  17. Hari Krismas : Isnin 25 Disember 2017 (6 Rabiulakhir 1439)

Nota

  1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am
  2. Sekiranya hari berikutnya (Isnin), secara kebetulan merupakan Hari Kelepasan Am, maka hari seterusnya perlu diganti menjadi sebagai Hari Kelepasan Am yang berkenaan

Bagaimanapun, jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan cuti sekolah tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Selamat bercuti buat Rakyat Negeri Sabah pada tahun 2017. Jom rancang percutian bersama keluarga pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2017

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017