in ,

Kalendar Cuti Umum Pahang 2017

Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2017. Hendak tahu tarikh cuti umum di Pahang tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pahang 2017 meliputi senarai tarikh hari kelepasan Am, jenis cuti dan perayaan.

Cuti hujung minggu Pahang adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berbeza dengan dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu yang bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.

kalendar cuti umum pahang 2017

Pahang Darul Makmur adalah salah satu negeri yang mempunyai keluasan yang amat nesar di Malaysia. Pahang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ibu negeri adalah Kuantan. Tarikh cuti sekolah adalah mengikut sekolah yang terdapat di Kumpulan B.

Kalendar Cuti Umum Pahang 2017

Kalendar Cuti Umum Pahang 2017 (Hari Kelepasan Am)

Berikut dikongsikan senarai cuti umum untuk Negeri Pahang tahun 2017. Maklumat yang dikongsikan memaparkan jenis cuti, hari dan tarikh (masihi dan hijrah). Pahang akan bercuti pada Hari Nuzul Al-Quran berbanding dengan 3 negeri lain yang mengambil cuti Awal Ramadhan iaitu Johor, Melaka dan Kedah.

Senarai Cuti Umum Pahang 2017

  1. *Tahun Baru 2017 : Ahad 01 Januari 2017 (2 Rabiulakhir 1438)
  2. Tahun Baru Cina : Sabtu & Ahad 28 Januari & 29 Januari 2017 (29 Rabiulakhir & Jamadilawal 1438)
  3. Isnin 24 April 2017 : Hari Kelepasan Am Tambahan sempena Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V
  4. Hari Pekerja : Isnin 01 Mei 2017 (4 Syaaban 1438)
  5. Ahad 07 Mei 2017 (10 Syaaban 1438) : *Hari Hol
  6. Hari Wesak (Hari Buddha) : Rabu 10 Mei 2017 (13 Syaaban 1438)
  7. Isnin 12 Jun 2017 (17 Ramadhan 1438) : *Nuzul Al-Quran
  8. #Hari Raya Puasa / Aidil Fitri : Ahad & Isnin 26 -27 Jun 2017 (1 & 2 Syawal 1438)
  9. Sabtu 29 Julai 2017 : Hari Keputeraan SPB Yang DiPertuan Agong
  10. Hari Kebangsaan : Khamis 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438)
  11. #Hari Raya Qurban/Aidil Adha : Jumaat 1 September 2017 (10 Zulhijjah 1438)
  12. Sabtu 16 September 2017 (25 Zulhijjah 1438) : Hari Malaysia
  13. Awal Muharam (Maal Hijrah) : Jumaat 22 September 2017 (01 Muharram 1439)
  14. #Hari Deepavali : Rabu 18 Oktober 2017 (28 Muharram 1439)
  15. *Keputeraan KDYMM Sultan Pahang : Selasa 24 Oktober 2017 (4 Safar 1439)
  16. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)     : Jumaat  1 Disember 2017 (12 Rabiulawal 1439)
  17. Hari Krismas : Isnin 25 Disember 2017 (6 Rabiulakhir 1439)

Nota

(*) : Hari Kelepasan Am Negeri
(#) : Tertakluk Kepada Perubahan

PERINGATAN

Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam.  Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak digant

Selamat bercuti. Semoga Kalendar Cuti Umum Pahang 2017 boleh dijadikan panduan dalam merancang percutian dan aktiviti harian sepanjang tahun 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hari Kelepasan Am Negeri Sembilan 2017

Kalendar Cuti Umum Negeri Sembilan 2017

Kalendar cuti umum Melaka 2017

Kalendar Cuti Umum Melaka 2017