in , ,

Kalendar Cuti Umum Labuan 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Labuan Tahun 2018.  Panduan buat warga Labuan yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Labuan 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Labuan tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau “Labuhan”.

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

Kalendar Cuti Umum Labuan 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Labuan 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Labuan tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Labuan adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Labuan 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
1-FebKhamisHari Wilayah Persekutuan
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
1 MeiSelasaHari Pekerja
29 MeiSelasaHari Wesak
30 MeiRabuPesta Kaamatan
31 MeiKhamisPesta Kaamatan Hari Kedua
2-JunSabtuHari Nuzul Al-Quran
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Labuan 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Labuan 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Cuti Umum Negeri Sembilan 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Pahang 2018 Hari Kelepasan Am