in ,

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

Tarikh Cuti Umum Kuala Lumpur 2017. Anda sedang mencari tarikh Cuti umum di Kuala Lumpur tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017 merangkumi tarikh cuti umum, hari, jenis cuti dan perayaan. Cuti hujung minggu di Kuala Lumpur adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan Ibu Negara kepada Malaysia. Kuala Lumpur terkenal dengan pembangunan bandarayanya yang pesat dan moden seiring dengan statusnya sebagai Ibu Negara Malaysia. Kuala Lumpur sering dikunjungi oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negara kebanyakannya pada waktu cuti sekolah.

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017 (Hari Kelepasan Am)

Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017 yang mengandungi tarikh cuti, jenis cuti dan perayaan serta hari.

Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

  1. Tahun Baru 2017 : Ahad 01 Januari 2017 (2 Rabiulakhir 1438)
  2. Tahun Baru Cina : Sabtu & Ahad 28-29 Januari 2017 (29 Rabiulakhir & Jamadilawal 1438)
  3. Hari Wilayah Persekutuan : Rabu 01 Februari 2017 (4 Jamadilawal 1438)
  4. Hari Thaipusam : Khamis 09 Februari 2017 (12 Jamadilawal 1438)
  5. Isnin 24 April 2017 : Hari Kelepasan Am Tambahan sempena Hari Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V
  6. Hari Pekerja : Isnin 01 Mei 2017 (4 Syaaban 1438)
  7. Wesak Day (Hari Buddha) : Rabu 10 Mei 2017 (13 Syaaban 1438)
  8. Hari Nuzul Al-Quran : Isnin 12 Jun 2017 (17 Ramadhan 1438)
  9. Hari Raya Puasa / Aidilfitri : Ahad & Isnin 25-26 Jun 2017 (1 & 2 Syawal 1438)
  10. Sabtu 29 Julai 2017 : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
  11. Hari Kebangsaan : Khamis 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438)
  12. Hari Raya Qurban / Aidiladha : Jumaat 01 September 2017 (10 Zulhijjah 1438)
  13. Malaysia Day (Hari Malaysia) : Sabtu 16 September 2017 (25 Zulhijjah 1438)
  14. Awal Muharram (Maal Hijrah) : Jumaat 22 September 2017 (01 Muharram 1439)
  15. Hari Deepavali : Rabu 18 Oktober 2017 (28 Muharram 1439)
  16. Jumaat 1 Disember 2017 (12 Rabiulawal 1439) : Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
  17. Hari Krismas : Isnin 25 Disember 2017 (6 Rabiulakhir 1439)

Nota

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am

Sekiranya hari berikutnya (Isnin), secara kebetulan merupakan Hari Kelepasan Am, maka hari seterusnya perlu diganti menjadi sebagai Hari Kelepasan Am yang berkenaan

Bagaimanapun, jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan cuti tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar Cuti Umum Sabah 2017

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Malaysia