in , ,

Kalendar Cuti Umum Johor 2018

Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2018. Bercadang untuk bercuti atau ingin mengadakan majlis kenduri kahwin? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Johor 2018 ataupun tarikh Cuti Umum di Negeri Johor Darul Takzim pada tahun 2018 sebagai rujukan dan panduan. Jadual cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor untuk tahun 2018.

Negeri Johor adalah sebuah negeri di selatan tanahair yang kini pesat membangun setara dengan pembangunan kawasan Lembah Kelang. Lokasi berdekatan dengan Singapura membolehkan Johor bergerak maju seiring dengan negara itu.

Untuk makluman, cuti mingguan Johor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Tarikh cuti umum ini adalah tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Kalendar Cuti Umum Johor 2018

Kalendar Cuti Umum Johor 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan hari kelepasan am Negeri Johor untuk tahun 2018. Jadual cuti umum ini mengandungi jenis hari kelepasan am, tarikh dan hari.

Hari Kelepasan Am

Tarikh

Hari

Hari Thaipusam **31 JanuariRabu
Tahun Baru Cina16 dan 17 Februari (Cuti ganti pada 18 Februari)Jumaat, Sabtu dan Ahad
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor23 MacJumaat
Hari Pekerja1 MeiSelasa
Awal Ramadhan *17 MeiKhamis
Hari Wesak29 MeiSelasa
Hari Raya Puasa *15 dan 16 Jun (17 Jun cuti ganti)Jumaat, Sabtu dan Ahad
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong29 JulaiSabtu
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1439H *22 OgosRabu
Hari Kebangsaan31 OgosJumaat
Awal Muharram (Maal Hijrah) 1440H11 SeptemberSelasa
Hari Malaysia16 SeptemberAhad
Hol Almarhum Sultan Iskandar **15 OktoberIsnin
Hari Deepavali *6 NovemberSelasa
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)20 NovemberSelasa
Hari Krismas25 DisemberSelasa

Nota

  1. Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Nampaknya, kebanyakkan cuti jatuh pada hari Selasa dan Jumaat. Oleh itu, penduduk Johor mempunyai tempoh cuti hujung minggu yang panjang jika jatuh pada hari Jumaat. Jika anda ingin merancang ke negara jiran bersebelahan iaitu Singapura, anda boleh merujuk tarikh cuti umum dan sekolah di Singapura 2018.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Johor 2018 atau Hari Kelepasan Am ini akan memudahkan lagi perancangan anda seisi keluarga. Selain itu tarikh cuti ini boleh membantu anda dalam memilih destinasi pelancongan, menempah hotel dan sebagainya pada tarikh yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Malaysia

Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

Kalendar Cuti Umum Selangor 2018