in ,

Kalendar Cuti Sekolah 2017 Takwim Penggal Persekolahan

Tarikh Cuti Sekolah 2017 Kalendar Takwim Penggal Persekolahan Malaysia. Panduan buat ibu bapa dan murid yang ingin mengetahui tarikh cuti sekolah 2017. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Sekolah 2017 atau dikenali sebagai Takwim Penggal Persekolahan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Takwim Penggal Persekolahan 2017 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan berdasarkan hari kelepasan mingguan setiap negeri.

Kalendar Cuti Sekolah 2017

Kalendar Cuti Sekolah 2017 Takwim Penggal Persekolahan

Berikut dikongsikan jadual cuti persekolahan yang mengandungi tarikh cuti sekolah seperti berikut :-

  1. Cuti pertengahan penggal 1 dan 2
  2. Cuti pertengahan tahun
  3. Akhir tahun

Juga disertakan tarikh mula sekolah dan tarikh akhir setiap penggal persekolahan.

1. KUMPULAN A

Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2017 (Ahad) sehingga 25 Mei 2017
  • Term kedua persekolahan : 11 Jun 2017 sehingga 23 November 2017

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 17 Mac 2017 sehingga 25 Mac 2017 (1 minggu)
  • Cuti pertengahan tahun : 26 Mei 2017 sehingga 10 Jun 2017 (2 minggu) : jatuh pada bulan Ramadhan
  • Pertengahan penggal 2 : 25 Ogos 2017 hingga 2 September 2017 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun dari 24 November hingga 31 Disember 2017 (5 minggu)

Kalendar Cuti Sekolah 2017

2. KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan

Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 3 Januari 2017 (Selasa) sehingga 26 Mei 2017
  • Term Kedua persekolahan : 12 Jun 2017 sehingga 24 November 2017

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 18 Mac 2017 sehingga 26 Mac 2017 (1 minggu)
  • Cuti pertengahan tahun : 27 Mei 2017 sehingga 11 Jun 2017 (2 minggu)
  • Pertengahan penggal 2 : 26 Ogos 2017 hingga 3 September 2017 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun dari 25 November hingga 1 Januari 2018 (5 minggu)

Kalendar Cuti Sekolah 2017

Muat Turun/ Download Kalendar Cuti Sekolah 2017

  • Kalendar Takwim Persekolahan 2017 ini boleh di muat turun/ download di KPM.

Selamat merancang aktiviti percutian bersama keluarga. Semoga perkongsian Kalendar Cuti Sekolah 2017/ Takwim Persekolahan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ penjaga.

One Comment

Leave a Reply
  1. Cuti sekolah memang dinantikan oleh semua, bukan sahaja anak2 malah ibu bapa jugak. Bila tibanya musim cuti sekolah ramai ibu bapa berpeluang meluangkan masa untuk bersama2 mengadakan aktiviti dengan anak2. Malah pada musim cuti sekolah jugak ramai bakal pengantin bakal melangsungkan perkahwinan. Dengan adanya kalendar cuti sekolah ini boleh membantu semua pihak merancang masa cuti sekolah nanti dengan lebih berkualiti 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kalendar cuti umum 2017

Kalendar Cuti Umum 2017 Malaysia Hari Kelepasan Am

tarikh cuti umum kedah 2017

Kalendar Cuti Umum Kedah 2017