in , ,

Cuti Umum Pulau Pinang 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Pulau Pinang Tahun 2018.  Panduan buat warga Pulau Pinang yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di Pulau Pinang tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Pulau Pinang tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.

Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.

Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita yang kedua tertinggi, iaitu RM 33456 pada tahun 2010 di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu RM 55951.

Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi.

Lapangan terbangnya ialah lapangan terbang kedua sibuk bagi pesawat kargo di Malaysia. Sekolah Chung Ling di Butterworth dan Pulau Pinang sudah mahu mencapai 100 tahun.

Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Pulau Pinang tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Pulau Pinang adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
31-JanRabuHari Thaipusam
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
1 MeiSelasaHari Pekerja
29 MeiSelasaHari Wesak
2-JunSabtuHari Nuzul Al-Quran
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
7-JulSabtuHari Bandar Warisan Dunia Georgetown
14-JulSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Pulau Pinang 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Cuti Umum Pahang 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Sekolah 2018 Malaysia Takwim Persekolahan