in , ,

Cuti Umum Pahang 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Pahang Tahun 2018.  Panduan buat warga Pahang yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di Negeri Pahang Darul Makmur tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pahang 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Pahang tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Pahang adalah negeri yang ketiga terbesar  di Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan

  • Kelantan di utara;
  • Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat;
  • Johor di selatan; dan
  • Terengganu dan Laut China Selatan di timur.

Pahang mempunyai 7 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu:

  • (SHAH Pekan) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  • (SEMSAS) Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • (SUPERB) Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Bentong
  • (SEMESTA) Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub
  • (InSTAR) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan
  • (InSOFT) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Temerloh
  • (InTEK) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan

Kalendar Cuti Umum Pahang 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Pahang 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Pahang tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Pahang adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Pahang 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
1 MeiSelasaHari Pekerja
7 MeiIsninHari Hol Pahang
29 MeiSelasaHari Wesak
2-JunSabtuHari Nuzul Al-Quran
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
24 OktRabuHari Keputeraan Sultan Pahang
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Pahang 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Pahang 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Kalendar Cuti Umum Labuan 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Pulau Pinang 2018 Hari Kelepasan Am