in ,

Cuti Umum Pada 4 September 2017

4 September 2017 Diisytihar Cuti Umum. Cuti hujung minggu yang panjang buat Rakyat Malaysia. Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidiladha dan kini tambahan cuti 1 hari pada hari Isnin, 4/9/2017. Tahniah kepada skuad Malaysia yang berjaya dengan cemerlang sekaligus menjadi juara keseluruhan Temasya Dwi Tahunan, Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam penutupan majlis Sukan SEA (malam merdeka) telah mengisytiharkan yang hari Isnin 4 September adalah sebagai cuti khas. Cuti Umum Pada 4 September 2017 dihadiahkan susulan pencapaian luar biasa Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).

Kontijen Malaysia yang diketuai oleh Chef De Mission, Marina Chin berjaya mengondol 145 pingat emas sekaligus mengatasi sasaran 111 pingat emas. Thailand berada di kedudukan kedua dengan 72 emas. Temasya Sukan SEA 2019 akan diadakan di Filipina.

Cuti Umum Pada 4 September 2017

PM Isytihar 4 September 2017 Sebagai Cuti Umum

Semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017, Perdana Menteri mengumumkan

“Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept,”

Pengisytiharan itu disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut.

Cuti Umum Pada 4 September 2017 Susulan Kejayaan Kontijen Sukan SEA

PM dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017.

Ianya juga sebagai menghargai sokongan tidak terhingga yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Menurutnya, pengisytiharan cuti itu dibuat berdasarkan kepada Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak ia diselaras mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia. Tambahan cuti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha. Tahniah sekali lagi buat kontijen Sukan SEA Malaysia 2017 yang berkasi dengan sungguh cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar MATTA Fair 2017 Seluruh Malaysia

Kalendar MATTA Fair 2017 Seluruh Malaysia