in , ,

Cuti Umum Melaka 2018 Hari Kelepasan Am

Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2018.  Panduan buat warga Melaka yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di Bandaraya Bersejarah Melaka tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Melaka 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian termasuk pada cuti penggal persekolahan. Perkongsian Hari Kelepasan Am Melaka tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan.

Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada George Town pada 7 Julai 2008. Bandar sejarah di Malaysia ini hanya terletak kira-kira 2 jam saja dari Kuala Lumpur.

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Cuti Umum Melaka 2018 Hari Kelepasan Am

Kalendar Cuti Umum Melaka 2018 (Hari Kelepasan Am)

Berikut adalah tarikh cuti umum Melaka tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Melaka adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Melaka 2018

Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Tarikh

Hari

Cuti

1-JanIsninTahun Baru
16-FebJumaatTahun Baru Cina
17-FebSabtuTahun Baru Cina Hari Kedua
15-AprAhadHari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
1 MeiSelasaHari Pekerja
17 MeiKhamisAwal Ramadan
29 MeiSelasaHari Wesak
15-JunJumaatHari Raya Aidilfitri
16-JunSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
22 OgosRabuHari Raya Haji
31 OgosJumaatHari Kebangsaan
9-SepAhadHari Keputeraan YDP Agong
10-SepIsninCuti Hari Keputeraan YDP Agong
11-SepSelasaAwal Muharram
16-SepAhadHari Malaysia
17-SepIsninCuti Hari Malaysia
12 OktJumaatHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
6-NovSelasaHari Deepavali
20-NovSelasaMaulidur Rasul
25 DisSelasaHari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Nota Kalendar Cuti Umum Melaka 2018

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Melaka 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

Kalendar Cuti Umum Terengganu 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Negeri Sembilan 2018 Hari Kelepasan Am