in ,

Cuti Sekolah 2018 Malaysia Takwim Persekolahan

Takwim Penggal Persekolahan Malaysia 2018. Panduan buat ibu bapa dan murid yang ingin mengetahui tarikh cuti sekolah 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Sekolah 2018 atau dikenali sebagai Takwim Penggal Persekolahan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Takwim Penggal Persekolahan 2018 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan berdasarkan hari kelepasan mingguan setiap negeri.

Cuti Sekolah 2018 Malaysia Takwim Penggal Persekolahan

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Malaysia Takwim Penggal Persekolahan

Buat pengetahuan semua, tarikh cuti dan penggal persekolahan yang diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Namun begitu, perlu diambil perhatian bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bagi setiap negeri atau kawasan kediaman anda. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dibahagikan kepada dua kumpulan negeri iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).

Berikut dikongsikan jadual cuti persekolahan yang mengandungi tarikh cuti sekolah seperti berikut :-

  1. Cuti pertengahan penggal 1 dan 2
  2. Cuti pertengahan tahun
  3. Akhir tahun

Juga disertakan tarikh mula sekolah dan tarikh akhir setiap penggal persekolahan.

1. KUMPULAN A

Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Maklumat Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2018
  • Penggal kedua persekolahan : 24 Jun 2018 sehingga 23 November 2018

Tarikh Cuti Sekolah

Takwim Sekolah

Mula

Akhir

Cuti Pertengahan Penggal 116 Mac 2018 (Jumaat)24 Mac 2018 (Sabtu)
Tarikh Cuti Pertengahan Tahun8 Jun 2018 (Jumaat)23 Jun 2018 (Sabtu)
Cuti Pertengahan Penggal 217 Ogos 2018 (Jumaat)25 Ogos 2018 (Sabtu)
Tarikh Cuti Akhir Tahun23 November 2018 (Jumaat)31 Dis 2018 (Isnin)

2. KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.

Maklumat Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 2 Januari 2018 sehingga 8 Jun 2018
  • Penggal Kedua persekolahan : 25 Jun 2018 sehingga 23 November 2018

Takwim Sekolah

MulaAkhir
Cuti Pertengahan Penggal 117 Mac 2018 (Sabtu)25 Mac 2018 (Ahad)
Tarikh Cuti Pertengahan Tahun9 Jun 2018 (Sabtu)24 Jun 2018 (Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 218 Ogos 2018 (Sabtu)26 Ogos 2018 (Ahad)
Cuti Akhir Tahun24 November 2018 (Sabtu)31 Dis 2018 (Isnin)

Cuti Sekolah Musim Perayaan 2018

Berikut dikongsikan senarai cuti sekolah yang berkaitan dengan musim perayaan di Malaysia:

Takwim Sekolah

Mula

Akhir

Negeri

Cuti Tahun Baru Cina15 Februari 2018 (Khamis)19 Februari 2018 (Isnin)Kumpulan A dan B
Cuti Kaamatan28 Mei 2018 (Isnin)1 Jun 2018 (Jumaat)Sabah dan Labuan
Cuti Gawai30 Mei 2018 (Rabu)1 Jun 2018 (Jumaat)Sarawak
Cuti Deepavali4 November 2018 (Ahad)6 November 2018 (Selasa)Kumpulan A
Cuti Deepavali5 November 2018 (Isnin)7 November 2018 (Rabu)Semua Negeri Kumpulan B kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan

Muat Turun/ Download Kalendar Cuti Sekolah 2018

  • Kalendar Takwim Persekolahan 2018 ini boleh dimuat turun atau download di KPM.

Selamat merancang aktiviti percutian bersama keluarga. Semoga perkongsian Kalendar Cuti Sekolah 2018 Malaysia iaitu Takwim Penggal Persekolahan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ penjaga.

Cuti Umum Pulau Pinang 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Perak 2018 Hari Kelepasan Am