• in

    Kalendar MATTA Fair 2017 Seluruh Malaysia

    Kalendar MATTA Fair 2017 Seluruh Malaysia

    Tarikh Dan Lokasi Pameran Matta Fair 2017. Berita baik buat mereka yang bercadang untuk merancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan. Berikut dikongsikan Kalendar MATTA Fair 2017 yang memaparkan senarai tarikh dan lokasi pameran di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2017. MATTA Fair 2017 peringkat nasional (di Kuala Lumpur) akan diadakan dua kali iaitu pada bulan Mac dan September 2017.

    The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) atau MATTA Fair merupakan pameran pelancongan terbesar yang diadakan di beberapa lokasi utama di Malaysia sepanjang tahun 2017. Pameran ini.memang dinantikan oleh orang ramai kerana pelbagai tawaran yang hebat serta lebih menarik lagi ada diberikan sepanjang pameran berlangsung.

    Kalendar MATTA Fair 2017 Seluruh Malaysia

    Jadual Tarikh Lokasi MATTA Fair 2017

    Pameran MATTA FAIR 2017 yang dinantikan dan yang terbesar sudah pasti pada 17 hingga 19 Mac 2017 di PWTC yang dijangka menarik ratusan ribuan pengunjung. Pameran kedua peringkat nasional pula akan diadakan pada 8 hingga 11 September 2017.

    Oleh itu bagi mereka yang mencari percutian yang mampu dimiliki pada tahun 2017/ 2018 kini boleh mengunjungi pameran MATTA Fair. Apa yang pasti, pengunjung akan mempunyai pilihan tambahan dalam pakej pelancongan termasuk Muslim Package, International dan sebagainya.

    Berikut adalah Kalendar Jadual Tarikh Dan Lokasi Matta Fair 2017 yang bakal diadakan di seluruh Malaysia tahun 2017 ini. Acara utama pada Mac dan September 2017 adalah selama tiga hari itu dan akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam.

    Muat Turun/ Download Kalendar Matta Fair 2017

    Kalendar MATTA Fair 2017 Seluruh Malaysia

    Semoga perkongsian Kalendar MATTA Fair 2017 ini membolehkan anda membuat perancangan kewangan sebaiknya bagi membolehkan anda merancang percutian pada tahun 2017 dan 2018 nanti.

  • in ,

    Cuti Umum Pada 4 September 2017

    Cuti Umum Pada 4 September 2017

    4 September 2017 Diisytihar Cuti Umum. Cuti hujung minggu yang panjang buat Rakyat Malaysia. Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidiladha dan kini tambahan cuti 1 hari pada hari Isnin, 4/9/2017. Tahniah kepada skuad Malaysia yang berjaya dengan cemerlang sekaligus menjadi juara keseluruhan Temasya Dwi Tahunan, Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam penutupan majlis Sukan SEA (malam merdeka) telah mengisytiharkan yang hari Isnin 4 September adalah sebagai cuti khas. Cuti Umum Pada 4 September 2017 dihadiahkan susulan pencapaian luar biasa Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).

    Kontijen Malaysia yang diketuai oleh Chef De Mission, Marina Chin berjaya mengondol 145 pingat emas sekaligus mengatasi sasaran 111 pingat emas. Thailand berada di kedudukan kedua dengan 72 emas. Temasya Sukan SEA 2019 akan diadakan di Filipina.

    Cuti Umum Pada 4 September 2017

    PM Isytihar 4 September 2017 Sebagai Cuti Umum

    Semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017, Perdana Menteri mengumumkan

    “Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept,”

    Pengisytiharan itu disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut.

    Cuti Umum Pada 4 September 2017 Susulan Kejayaan Kontijen Sukan SEA

    PM dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017.

    Ianya juga sebagai menghargai sokongan tidak terhingga yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

    Menurutnya, pengisytiharan cuti itu dibuat berdasarkan kepada Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Bagi Sabah dan Sarawak ia diselaras mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

    Selamat bercuti buat semua rakyat Malaysia. Tambahan cuti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha. Tahniah sekali lagi buat kontijen Sukan SEA Malaysia 2017 yang berkasi dengan sungguh cemerlang.

  • in , ,

    Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

    Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

    Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Tahun 2018.  Panduan buat rakyat Negeri Selangor yang ingin mengetahui tarikh cuti umum di Negeri Selangor Darul Ehsan tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Selangor 2018 untuk panduan buat semua dalam merancang aktiviti seharian.

    Perkongsian Hari Kelepasan Am Negeri Selangor tahun 2018 ini meliputi tarikh/ hari cuti umum dan jenis cuti/ perayaan. Selangor Darul Ehsan adalah sebuah negeri yang maju di Malaysia dan terletak di bahagian Barat Semenanjung Malaysia. Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam.

    Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

    Kalendar Cuti Umum Selangor 2018 (Hari Kelepasan Am Negeri Dan Persekutuan)

    Berikut adalah tarikh cuti umum Selangor tahun 2018 yang mengandungi tarikh, hari dan hari kelepasan am. Cuti hujung minggu di Selangor adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Ianya berlainan dengan 4 negeri yang lain yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor.

    Tarikh (Hari) : Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

    Berikut dikongsikan maklumat cuti umum yang terbahagi kepada dua iaitu Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.

    Hari Kelepasan Am

    Tarikh

    Hari

    Tahun Baru 2018 (New Year)11 JanuariIsnin
    Hari Thaipusam **31 JanuariRabu
    Tahun Baru Cina16 dan 17 Februari (Cuti ganti pada 18 Februari)Jumaat, Sabtu dan Ahad
    Hari Pekerja1 MeiSelasa
    Hari Wesak29 MeiSelasa
    Nuzul Al-Quran2 JunSabtu
    Hari Raya Puasa *15 dan 16 Jun (17 Jun cuti ganti)Jumaat, Sabtu dan Ahad
    Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong28 JulaiSabtu
    Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1439H *22 OgosRabu
    Hari Kebangsaan31 OgosJumaat
    Awal Muharram (Maal Hijrah) 1440H11 SeptemberSelasa
    Hari Malaysia16 SeptemberAhad
    Hari Deepavali *6 NovemberSelasa
    Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)20 NovemberSelasa
    Hari Keputeraan Sultan Selangor11 DisemberSelasa
    Hari Krismas25 DisemberSelasa

    Hari-Hari Kelepasan Am Negeri

    • 1 Jan (Isnin) Tahun Baru 2018
    • 31 Januari (Rabu) Thaipusam
    • 2 Jun (Sabtu) Hari Nuzul Al-Quran
    • 11 Disember (Selasa) Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

    Hari-Hari Kelepasan Am Persekutuan

    • 16 dan 17 Februari (Jumaat dan Sabtu) Tahun Baru Cina
    • 1 Mei (Selasa) Hari Pekerja
    • 29 Mei (Selasa) Hari Wesak
    • 15 dan 16 Jun (Jumaat dan Sabtu) Hari Raya Puasa *
    • 28 Julai (Sabtu) Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
    • 22 Ogos (Rabu) Hari Raya Qurban *
    • 31 Ogos (Jumaat) Hari Kebangsaan
    • 11 September (Selasa) Awal Muharram (Maal Hijrah)
    • 16 September (Ahad) Hari Malaysia
    • 6 November (Selasa) Hari Deepavali*
    • 20 November (Selasa) Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
    • 25 Disember (Selasa) Hari Krismas

    Catatan

    * Tertakluk kepada perubahan

    Peringatan Kalendar Cuti Umum Selangor 2018

    Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklan menjadi Hari Kelepasan Am. Jikalau hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan A,

    Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

    Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Selangor 2018 ini bermanfaat buat semua. Selamat merancang aktiviti kehidupan termasuk percutian bersama seisi keluarga pada cuti sekolah nanti.

  • in , ,

    Kalendar Cuti Umum Johor 2018

    Kalendar Cuti Umum Johor 2018

    Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2018. Bercadang untuk bercuti atau ingin mengadakan majlis kenduri kahwin? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Johor 2018 ataupun tarikh Cuti Umum di Negeri Johor Darul Takzim pada tahun 2018 sebagai rujukan dan panduan. Jadual cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor untuk tahun 2018.

    Negeri Johor adalah sebuah negeri di selatan tanahair yang kini pesat membangun setara dengan pembangunan kawasan Lembah Kelang. Lokasi berdekatan dengan Singapura membolehkan Johor bergerak maju seiring dengan negara itu.

    Untuk makluman, cuti mingguan Johor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Tarikh cuti umum ini adalah tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

    Kalendar Cuti Umum Johor 2018

    Kalendar Cuti Umum Johor 2018 (Hari Kelepasan Am)

    Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan hari kelepasan am Negeri Johor untuk tahun 2018. Jadual cuti umum ini mengandungi jenis hari kelepasan am, tarikh dan hari.

    Hari Kelepasan Am

    Tarikh

    Hari

    Hari Thaipusam **31 JanuariRabu
    Tahun Baru Cina16 dan 17 Februari (Cuti ganti pada 18 Februari)Jumaat, Sabtu dan Ahad
    Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor23 MacJumaat
    Hari Pekerja1 MeiSelasa
    Awal Ramadhan *17 MeiKhamis
    Hari Wesak29 MeiSelasa
    Hari Raya Puasa *15 dan 16 Jun (17 Jun cuti ganti)Jumaat, Sabtu dan Ahad
    Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong29 JulaiSabtu
    Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1439H *22 OgosRabu
    Hari Kebangsaan31 OgosJumaat
    Awal Muharram (Maal Hijrah) 1440H11 SeptemberSelasa
    Hari Malaysia16 SeptemberAhad
    Hol Almarhum Sultan Iskandar **15 OktoberIsnin
    Hari Deepavali *6 NovemberSelasa
    Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)20 NovemberSelasa
    Hari Krismas25 DisemberSelasa

    Nota

    1. Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
    2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

    Nampaknya, kebanyakkan cuti jatuh pada hari Selasa dan Jumaat. Oleh itu, penduduk Johor mempunyai tempoh cuti hujung minggu yang panjang jika jatuh pada hari Jumaat. Jika anda ingin merancang ke negara jiran bersebelahan iaitu Singapura, anda boleh merujuk tarikh cuti umum dan sekolah di Singapura 2018.

    Semoga perkongsian Kalendar Cuti Umum Johor 2018 atau Hari Kelepasan Am ini akan memudahkan lagi perancangan anda seisi keluarga. Selain itu tarikh cuti ini boleh membantu anda dalam memilih destinasi pelancongan, menempah hotel dan sebagainya pada tarikh yang bersesuaian.

  • in ,

    Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Malaysia

    Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

    Tarikh Hari Raya Haji 2017 Di Malaysia. Bilakah tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia? Berdasarkan kepada Kalendar Islam 1438H/ 1439H yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada 1 September 2017 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1438 Hijrah.

    Pengumuman rasmi akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 Ogos 2017. Tahun lepas pada 1 September 2016. Pengumuman rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di radio dan TV di Malaysia. Untuk makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

    Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 di Malaysia

    Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia

    Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidiladha 2017 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

    • Tarikh Hari Raya Aidil Adha : 1 September 2017 (Hari Jumaat) – Tarikh rasmi
    • 10 Zulhijjah bersamaan dengan 1 September 2017
    • Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji/Korban adalah berdasarkan Rukyah ( melihat anak bulan ) dan hisab ( pengiraan matematik secara astonomi).
    • Pengisytiharan tarikh Hari Raya Haji / Qurban (Aidiladha) 2017 di Malaysia
      RTM TV1 adalah pada ( jam 8.00 malam, 22 Ogos 2017 )

    Hari Raya Aidiladha/ Haji/ Qurban

    Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ianya adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

    Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

    Ibadah Korban

    Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari. Iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

    Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

    Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

    Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

    Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

    Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

    Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

    Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

    Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

    Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

    “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

    Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

    Amal Yang Lebih Disukai Allah

    Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”

    Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
    Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata’ daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata’ tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun. SUMBER : PMR PENERANGAN

    Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidiladha 2017 Malaysia ini bermanfaat buat semua. Ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang percutian bersama keluarga pada cuti umum ini. Selamat Hari Raya Aidiladha 2017.

  • in ,

    Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

    Tarikh Cuti Umum Kuala Lumpur 2017. Anda sedang mencari tarikh Cuti umum di Kuala Lumpur tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017 merangkumi tarikh cuti umum, hari, jenis cuti dan perayaan. Cuti hujung minggu di Kuala Lumpur adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan Ibu Negara kepada Malaysia. Kuala Lumpur terkenal dengan pembangunan bandarayanya yang pesat dan moden seiring dengan statusnya sebagai Ibu Negara Malaysia. Kuala Lumpur sering dikunjungi oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negara kebanyakannya pada waktu cuti sekolah.

    Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

    Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017 (Hari Kelepasan Am)

    Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2017 yang mengandungi tarikh cuti, jenis cuti dan perayaan serta hari.

    Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2017

    1. Tahun Baru 2017 : Ahad 01 Januari 2017 (2 Rabiulakhir 1438)
    2. Tahun Baru Cina : Sabtu & Ahad 28-29 Januari 2017 (29 Rabiulakhir & Jamadilawal 1438)
    3. Hari Wilayah Persekutuan : Rabu 01 Februari 2017 (4 Jamadilawal 1438)
    4. Hari Thaipusam : Khamis 09 Februari 2017 (12 Jamadilawal 1438)
    5. Isnin 24 April 2017 : Hari Kelepasan Am Tambahan sempena Hari Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V
    6. Hari Pekerja : Isnin 01 Mei 2017 (4 Syaaban 1438)
    7. Wesak Day (Hari Buddha) : Rabu 10 Mei 2017 (13 Syaaban 1438)
    8. Hari Nuzul Al-Quran : Isnin 12 Jun 2017 (17 Ramadhan 1438)
    9. Hari Raya Puasa / Aidilfitri : Ahad & Isnin 25-26 Jun 2017 (1 & 2 Syawal 1438)
    10. Sabtu 29 Julai 2017 : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
    11. Hari Kebangsaan : Khamis 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438)
    12. Hari Raya Qurban / Aidiladha : Jumaat 01 September 2017 (10 Zulhijjah 1438)
    13. Malaysia Day (Hari Malaysia) : Sabtu 16 September 2017 (25 Zulhijjah 1438)
    14. Awal Muharram (Maal Hijrah) : Jumaat 22 September 2017 (01 Muharram 1439)
    15. Hari Deepavali : Rabu 18 Oktober 2017 (28 Muharram 1439)
    16. Jumaat 1 Disember 2017 (12 Rabiulawal 1439) : Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
    17. Hari Krismas : Isnin 25 Disember 2017 (6 Rabiulakhir 1439)

    Nota

    Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am

    Sekiranya hari berikutnya (Isnin), secara kebetulan merupakan Hari Kelepasan Am, maka hari seterusnya perlu diganti menjadi sebagai Hari Kelepasan Am yang berkenaan

    Bagaimanapun, jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan cuti tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

  • in ,

    Kalendar Cuti Umum Sabah 2017

    Tarikh Cuti Umum Sabah Tahun 2017. Anda ingin mengetahui tarikh Cuti umum di Sabah tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Sabah 2017 merangkumi tarikh cuti umum, hari, jenis cuti dan perayaan. Cuti hujung minggu di Sabah adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

    Negeri Sabah atau gelarannya “Negeri Di Bawah Bayu” adalah negeri yang berada luar dari Semenanjung Malaysia selepas Sarawak. Sabah terkenal dengan tempat-tempat/ destinasi pelancongannya yang menarik dan cantik yang patut anda kunjungi pada waktu cuti sekolah / waktu kelapangan.

    Kalendar Cuti Umum Sabah

    Kalendar Cuti Umum Sabah 2017 (Hari Kelepasan Am)

    Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Sabah 2017 yang mengandungi tarikh cuti, jenis cuti dan perayaan serta hari.

    Senarai Cuti Umum Sabah 2017

    1. Tahun Baru 2017 : Ahad 01 Januari 2017 (2 Rabiulakhir 1438)
    2. Tahun Baru Cina : Sabtu & Ahad 28-29 Januari 2017 (29 Rabiulakhir & Jamadilawal 1438)
    3. Good Friday : Jumaat 14 April 2017 (17 Rajab 1438)
    4. Isnin 24 April 2017 : Hari Kelepasan Am Tambahan sempena Hari Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V
    5. Hari Pekerja : Isnin 01 Mei 2017 (4 Syaaban 1438)
    6. Hari Wesak (Hari Buddha) : Rabu 10 Mei 2017 (13 Syaaban 1438)
    7. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) : Selasa & Rabu 30 Mei & 31 Mei (4 Ramadhan & 5 Ramadhan)
    8. Hari Raya Puasa / Aidilfitri : Ahad & Isnin 25-26 Jun 2017 (1 & 2 Syawal 1438)
    9. Sabtu 29 Julai 2017 : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
    10. Hari Kebangsaan : Khamis 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438)
    11. Aidiladha/ Hari Raya Qurban  : Jumaat 1 September 2017 (10 Zulhijjah 1438)
    12. Hari Malaysia : Sabtu 16 September 2017 (25 Zulhijjah 1438)
    13. Awal Muharram (Maal Hijrah) : Jumaat 22 September 2017 (01 Muharram 1439)
    14. Sabtu 07 Oktober 2017 : Harijadi Yang Dipertua Negeri Sabah
    15. Hari Deepavali : Rabu 18 Oktober 2017 (28 Muharram 1439)
    16. Jumaat 1 Disember 2017 (12 Rabiulawal 1439) : Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
    17. Hari Krismas : Isnin 25 Disember 2017 (6 Rabiulakhir 1439)

    Nota

    1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am
    2. Sekiranya hari berikutnya (Isnin), secara kebetulan merupakan Hari Kelepasan Am, maka hari seterusnya perlu diganti menjadi sebagai Hari Kelepasan Am yang berkenaan

    Bagaimanapun, jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan cuti sekolah tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

    Selamat bercuti buat Rakyat Negeri Sabah pada tahun 2017. Jom rancang percutian bersama keluarga pada tahun ini.

  • in

    Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2017

    Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2017. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang membawa seribu satu rahmat, pastinya terpadat banyak juadah dan tarikan yang menarik. Berikut dikongsikan Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2017 bagi membantu anda membuat perancangan di bulan yang mulia ini.

    Untuk makluman, waktu berbuka dan imsak bagi Pulau Pinang tahun 2017 bersamaan 1438 Hijrah boleh didapati DI SINI.

    Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang

    Senarai Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2017

    Senarai berikut merupakan hotel dan restoran terpilih dikategorikan berdasarkan lokasi, harga dan nombor telefon untuk tempahan.

    1. Bayview Hotel Georgetown

    Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-263 3161 ext 246

    Harga : RM88 nett (Dewasa) RM50 nett (Kanak-kanak)

    2. Eastin Hotel Penang

    1 Solok Bayan Indah, Queensbay,, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.

    Tel : 04-612 1128

    Harga : RM120 nett (Dewasa) dan RM60 (Warga Emas & Kanak-kanak)

    3. Olive Tree Hotel

    76, Jalan Mahsuri, Bandar Sunway Tunas, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-637 7856

    Harga : RM120++ (Dewasa) dan RM60++ (Kanak-kanak)

    4. TH Hotel Penang

    Lot 5789 & 5790, Kompleks Tabung Haji, Jalan Dato Ismail Hashim, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-641 2284 / 012-477 2469 / 011-2087 1606

    Harga : RM59.90 nett (Dewasa) dan RM29.90 nett (Kanak-kanak)

    5. Sunway Georgetown Penang Hotel

    33, Lorong Baru, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-229 9988

    Harga : RM60 nett (Dewasa) dan RM38 nett (Kanak-kanak)

    6. Hotel Royal Penang

    3, Jalan Larut, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

    Tel : 04-2267 888
    Harga : RM59.99 nett (Dewasa) dan RM39.99 nett (Kanak-kanak)

    7. Sarkies @ E&O Hotel

    Eastern & Oriental Hotel, Lebuh Farquhar, George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-222 2000

    Harga : RM143.30 nett (Dewasa) dan RM 70.95 nett (Kanak-kanak)

    8. Ixora Hotel

    3096 Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-382 8888

    Harga : RM82 (Dewasa) dan RM52 ( Kanak-kanak berumur 4-12 tahun)

    9. Vistana Penang Bukit Jambul

    213, Penang, Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul, 11950 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-646 8000

    Harga : RM70 nett (Dewasa) dan RM30 nett (Kanak-kanak)

    10. Cititel Penang

    Main Street Cafe, Cititel Penang, 66, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-291 1128

    Emel : fnb@cititelpenang.com

    Harga : RM80 nett (Dewasa), RM56 nett (Warga Emas berumur 55 tahun ke atas) dan RM40 nett (Kanak-kanak)

    11. Lexis Suites

    28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel: 04-628 2888

    Harga : RM68 nett (Dewasa) dan RM40 nett (Warga Emas dan Kanak-kanak)

    12. Four Foints By Sheraton

    505 Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah, 11200 Penang, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-371 8888

    Harga : RM54++ (Dewasa) dan RM30++ (Warga Emas & Kanak-kanak)

    13. Iconic Hotel

    71, Jln Icon City, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-504 1460

    Harga : RM58 nett (Dewasa) dan RM29 nett (Kanak-kanak)

    14. Equatorial Hotel

    Jalan Bukit Jambul, Bukit Jambul, 11900 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-632 7000

    Emel : fb_reservations@pen.equatorial.com

    Harga : RM128 nett (Dewasa), RM98 nett (Warga Emas) dan RM64 nett (Kanak-kanak)

    15.  Hotel Sentral Seaview, Penang

    No. 555, Jalan C M Hashim, Tanjong Takong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-890 9300

    Emel : hssvsales3@hsm.my

    Harga : RM55 nett (Dewasa) dan RM33 nett (Kanak-kanak)

    16. Flamingo Hotel By The Beach Penang

    Tanjong Bungah, 11200, Tanjong Bungah, Pulau Pinang, 11200, Malaysia.

    Tel : 04-892 7167

    Emel : fbm@flamingo.com.my

    Harga Weekdays : RM75 nett (Dewasa) dan RM45 nett (Kanak-kanak)

    Harga Weekend : RM85 (Dewasa) dan RM49 (Kanak-kanak)

    17. Hotel NEO+ Penang

    68, Jalan C.Y. Choy, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel: 04-255 1000 ext 1103

    Emel : PenangInfo@neohotels.com

    Harga : RM58 nett (Dewasa), RM48 nett (Warga Emas) dan RM28 nett (Kanak-kanak)

    18. Sunway Hotel

    33, Lorong Baru, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
    Tel : 04-229 9988

    Harga : RM60 (Dewasa) dan RM38 (Warga Emas & Kanak-kanak)

    19. Royale Chulan Penang

    1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300, Penang, Malaysia.

    Tel: 04-259 8888 ext 8910

    Emel : info@royalechulan-penang.com

    Harga : RM78 nett (Dewasa) dan RM40 (Warga Emas & Kanak-kanak)

    20. The Northam All Suites Hotel

    55, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050, Georgetown, Penang.

    Tel : 04-370 1111

    Emel : fnb@northam-hotel.com.my

    Harga : RM88 nett (Dewasa) dan RM58 nett (Kanak-kanak)

    21. Evergreen Laurel Hotel Penang

    53 Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-222 9988 ext 2819/2820

    Emel : penfnb@evergreen-hotels.com

    Harga International Buffet Dinner : RM99 nett (Dewasa) dan RM49.50 nett (Kanak-kanak)

    Harga Seafood & Japanese Buffet Dinner : RM110 nett (Dewasa) dan RM55 nett (Kanak-kanak)

    22. The Light Hotel Penang

    Lebuh Tenggiri 2, Seberang Jaya, 13700 Penang, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-382 1111

    Harga Barbeque Buffet Dinner : RM88 nett (Dewasa) dan RM68 nett (Warga Emas & Kanak-kanak)

    Harga Kampung Style Buffet Dinner : RM108 nett (Dewasa) dan RM88 nett (Warga Emas & Kanak-kanak)

    23. Wembley Hotel

    183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

    Tel : 04-259 8000

    Harga : RM118 nett (Dewasa), RM83 nett (Warga Emas) dan RM59 nett (Kanak-kanak)

    24. The Gurney Resort Hotel and Residences

    18, Persiaran Gurney, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia.

    Tel : 04-370 7000 ext 8011 (coffee house)

    Harga : RM69 nett (Dewasa) dan RM35 nett (Kanak-kanak)

    Selamat menjalani ibadah puasa buat penduduk Pulau Pinang. Diharapkan senarai ini dapat memudahkan anda untuk membuat pilihan buffet ramadhan yang menepati citarasa anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan buffet Ramadhan Pulau Pinang 2017 yang lebih menarik, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

     

  • in

    Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2017

    Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2017. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai tempat-tempat menarik yang menyediakan Buffet Ramadhan yang mampu memikat hati para penggemar buffet di luar sana. Berikut merupakan Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2017 bagi memudahkan perjalanan hidup anda di bulan puasa ini. Senarai ini dikategorikan mengikut hotel/restoran, harga, dan nombor telefon untuk sebarang tempahan.

     

    Senarai Buffet Ramadhan Melaka 2017

    Berikut merupakan perkongsian senarai buffet Ramadhan di hotel-hotel dan restoran terpilih di sekitar negeri Melaka :-

    1. Bayou Lagoon Park Resort (Bayou Coffee House)

    Jalan Wakaf, Melaka

    No Telefon : 06-233 0888

    Harga : RM58 (Dewasa) dan RM38 (Kanak-kanak)

    Facebook : Bayou Lagoon Park Resort

    2. A’ Famosa Resort

    Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka

    No Telefon : 06-552 0888

    Harga : RM75 (Dewasa) dan RM40 (Kanak-kanak)

    Facebook : A’ Famosa Resort

    3. Hotel Equatorial Melaka

    Bandar Hilir, Melaka

    No Telefon : 06-282 8333

    Harga : RM95 nett (Dewasa) dan RM44 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Hotel Equatorial Melaka

    4. Hatten Hotel Melaka

    Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka

    No Telefon : 06-286 9696

    Harga : RM80++ per person

    Web : Hatten Hotel Melaka

    5. Holiday Inn Melaka

    Susur Keluar Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka

    No Telefon : 06-285 9000

    Harga : RM98 nett (Dewasa) dan RM30 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Holiday Inn Melaka

    6. Philea Resort & Spa

    Ayer Keroh, Melaka

    No Telefon : 06-289 3399

    Harga : RM98 nett (Dewasa) dan RM58 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Philea Resort & Spa

     

    7. Puteri Resort Ayer Keroh

    Jalan Puteri Resort 1, Ayer Keroh, Melaka

    No Telefon : 06-232 3333

    Harga : * Akan Dikemaskini

    8. Bayview Hotel Melaka

    Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, Melaka

    No Telefon : 06-283 9888

    Harga : RM59 nett (Dewasa) dan RM39 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Bayview Hotel Melaka

    9. Casa del Rio Melaka

    88, Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, Melaka

    No Telefon : 06-289 6888

    Harga : RM98 nett (Dewasa) dan RM49 nett (Kanak-kanak)

    Web : Casa del Rio Melaka

    10. Kings Hotel Melaka

    Kings Hotel Melaka 30 Lebuh Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka

    No Telefon : 06-231 3899

    Harga : RM50 (Dewasa) dan RM30 (Kanak-kanak)

    Facebook : Kings Hotel Melaka

    11. Ramada Plaza Melaka

    Jalan Bendahara, Melaka

    No Telefon : 06-284 8888

    Harga : RM98 nett (Dewasa) dan RM58 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Ramada Plaza Melaka

    12. Mahkota Hotel Melaka

    192, Melaka

    No Telefon : 06-281 2828

    Harga : RM88 nett (Dewasa) dan RM44 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Mahkota Hotel Melaka

    13. D’ Village Resort Melaka

    Jalan Tasik, Ayer Keroh, Melaka

    Harga : RM38.90 nett (Dewasa) dan RM24.90 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : D’ Village Resort Melaka

    14. Lanun’s Cafe

    No. 61, Jalan Ku 12, Taman Krubong Utama

    Harga : RM16.90 nett (Dewasa)  dan RM10.90 nett (Kanak-kanak)

    15. Swiss Garden Hotel

    T2-4, The Shore@ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka

    Harga : RM68 nett

    Facebook : Swiss Garden Hotel

    16. MITC Hotel Melaka

    MITC, Ayer Keroh

    Harga : RM55++ (Dewasa) dan RM25++ (Kanak-kanak)

    Facebook : Bemban Restaurant

    17. Restoran Melayu Melaka, Kampung Morten

    Lot 332, Jalan Tun Mutahir

    Harga : RM49.90 nett (Dewasa) dan RM34.95 nett (Kanak-kanak)

    Facebook : Restoran Melayu Melaka

     

    Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga senarai buffet ini akan membantu melancarkan kehidupan seharian anda dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sebarang komen atau cadangan, anda boleh kongsikan di ruangan komen bawah ini

  • in

    Senarai Bazar Ramadhan Johor 2017

    Senarai Bazar Ramadhan Johor 2017. Sempena bulan Ramadhan yang telah tiba, tarikan utama yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia setiap tahun tidak kira umat Islam mahupun bangsa lain semestinya adalah bazar Ramadhan.

    Di negeri Johor, pelbagai juadah istimewa yang di tunggu-tunggu pada bulan Ramadhan seperti air kathira dan nasi beryani. Untuk makluman anda, Hari Nuzul Al-Quran akan disambut oleh umat Islam di Malaysia pada hari Isnin 12 Jun 2017.

    Senarai Bazar Ramadhan Johor

    Senarai Bazar Ramadhan Johor 2017

    Berikut adalah Senarai Bazar Ramadhan Johor 2017. Ia dibahagikan kepada beberapa kawasan bagi memudahkan anda membuat pilihan:-

    JOHOR BAHRU

    1. Kolam Air : Jalan Mohd Amin
    2. Bazar Taman Putri
    3. Taman Putra Bazar
    4. Bazar Bandar Senai
    5. Taman Johor Jaya : Jalan Ros Merah 1/11
    6. Taman Bayu Puteri, Bakar Batu : Jalan Pantai (Berhadapan Dengan Petronas)
    7. Kampung Melayu Majidee : Jalan Sekolah
    8. Taman Sri Setanggi : Tempat Letak Kereta
    9. Taman Desa Harmoni : Terletak Dengan Tangki Air
    10. Kampung Pasir : Jalan Mata Kucing
    11. Bandar Baru Uda : Medan Selera BBU
    12. Taman Cempaka : Persiaran Teratai
    13. Kampung Skudai Kiri : Berdekatan Dengan Masjid
    14. Taman Bukit Mewah : Jalan Mewah Ria 2/1
    15. Bandar Baru Permas Jaya : Jalan Permas 10 (Terletak Berhadapan Kawasan Lapang Dekat McDonalds)
    16. Taman Sri Tebrau : Jalan Keris
    17. Bandar Seri Alam : Jalan Tasek 64
    18. Plentong : Jalan Bunga Seroja
    19. Taman Desa Cemerlang : Jalan Johar
    20. Taman Perling : Perling Mall, Jalan Persisiran Perling 1
    21. Pasar Tani Larkin
    22. Bazar Taman Mas
    23. Taman Manis Bazar
    24. Bazar Taman Senai Utama

    JB 2

    1. Taman Johor Jaya :  Surau Jalan Ros Merah
    2. Bazar Taman Handal
    3. Taman Bukit Kempas : Jalan Arung
    4. Setia Tropika : Jalan Setia Tropika 1/14
    5. Taman Dahlia : Jalan Persiaran Dahlia
    6. Bandar Baru Uda : Jalan Padi Ria 33
    7. Balairaya Ulu Pandan
    8. Taman Istimewa, Pandan
    9. Kota Puteri –: Jalan Bayan 26 (Terletak Berhampiran Dengan Sekolah)
    10. Taman Anggerik : Jalan Anggerik 2/4
    11. Taman Rinting : Jalan Balau 3
    12. Ulu Tiram : Jalan Rambutan
    13. Pekan Masai : Jalan Bayan
    14. Taman Perling : Jalan Layang 16
    15. Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah
    16. Larkin : Jalan Langkasuka (Dataran Langkasuka)
    17. Bandar Baru Uda : Jalan Padi Mahsuri 12
    18. Jalan Kolam Air : Tempat letak kereta masjid
    19. Taman Sri Stulang : Tapak pasar malam
    20. Plaza Angsana : Padang A
    21. Taman Daya : Jalan Nibong 17
    22. Jalan Pinang 18, Taman Daya
    23. Taman Puteri Wangsa : Jalan Badik 21
    24. Taman Adda Height : Jalan Adda 3/1
    25. Jalan Kemuliaan, Taman Universiti
    26. Taman Universiti : Jalan Kebudayaan 16
    27. Taman Pulai Indah : Jalan PI 11/1
    28. Jalan Ara 9. Taman Sri Pulai
    29. Bandar Baru Kangkar Pulai : Jalan Pulai Harmoni,
    30. Taman Ungku Tun Aminah : Jalan Perwira 19
    31. Taman Sri Skudai : Jalan Emas 1

     KULAI

    1. Airport Senai
    2. Taman Muhibah
    3. Bandar Putra
    4. Cengal Southern

    KOTA TINGGI

    1.  Tempat Letak Kereta Kipmart
    2. Jalan Niaga
    3.  Tanjung Sedili
    4. Gugusan Felda Air Tawar
    5. Gugusan Felda Lok Heng, Aping & Waha

    TENGGARA

    1. Bandar Tenggara
    2. Taman Kota Jaya
    3.  Taman Saujana

    PENGERANG

    1. Bandar Penawar
    2. Gugusan Adela
    3. Sungai Mas

    MERSING

    1. Taman Wawasan

    KLUANG

    1. Bandar Kluang
    2. Kampung Melayu
    3. Taman Intan
    4. Taman Makmur

    PONTIAN

    1. Stadium Mini
    2. Taman Sentosa
    3. Ayer Baloi
    4. Masjid Pekan Nanas
    5. Pekan Permas
    6. Econsave Pontian
    7. Pekan Benut

    SIMPANG RENGGAM

    1. Kampung Melayu
    2. Dataran Simpang Renggam

    BATU PAHAT

    1. Tapak Pesta
    2. Jalan Solok Wan Moh
    3. Taman Soga
    4. Pt Sulong
    5. Pt Yaani

    SRI GADING

    1. Kompleks Parit Raja
    2. Public Bank Parit Raja
    3. CIMB Parit Raja
    4. MS Downtown Parit Raja
    5. Pura Kencana

    AYER HITAM

    1. Bandar Baru Ayer Hitam

    MUAR

    1. Dewan Jubli Intan Muar
    2. Taman Tun Sulaiman Ninam Shah
    3. Sg. Abong

    BAKRI

    1. Pasar Awam Pekan Bakri
    2. Taman Pesta Batu 2
    3. Taman Sri Bakri II
    4. Pasar Awam Parit Jawa

    PAGOH

    1. Pekan Pagoh
    2. Taman Pagoh Jaya
    3. Dataran Bukit Pasir

    SEGAMAT

    1. Bandar Utama

    TANGKAK

    1. Jalan Naib Long

    Diharap senarai ini dapat memudahkan anda membeli juadah yang diidamkan. Sekiranya ada mempunyai sebarang cadangan menarik atau lokasi bazar Ramadhan Johor yang tidak tersenarai, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

  • in ,

    Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2017

    Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2017. Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi pada 1 Ramadhan 1438H di Malaysia jatuh pada 27 Mei 2017 (Hari Sabtu). Untuk makluman, merupakan berikut merupakan Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2017.

    Bazar Ramadhan merupakan tarikan yang dinantikan ramai pada setiap bulan Ramadhan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa yang enak dan mampu memikat selera para pengunjung yang datang untuk membeli juadah berbuka puasa.

    Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2017

    Berikut adalah senarai bazar Ramadhan yang terdapat di sekitar negeri Selangor bagi tahun 2017. Ia dibahagikan kepada beberapa kawasan di dalam negeri Selangor :-

    Shah Alam

    1. Seksyen 2
    2. Tapak Pasar Malam, Seksyen 7
    3. Seksyen 13 (Stadium Shah Alam)
    4. Seksyen 17 (Tapak Pasar Malam)
    5. Tapak Pasar Malam), Seksyen 18
    6. Seksyen 20 (Berhampiran Tapak Pasar Malam)
    7. Seksyen 25
    8. Sek. U2 TTTDI Jaya (Tapak Penjaja Sementara)
    9. Seksyen U3 (Subang Perdana)
    10. Seksyen 6 (Tempat Letak Kereta Restoran Daud)
    11. Jln Platinum Ad 7/ad, Seksyen 7  Restoran Ali Corner
    12. Jalan Kristal As 7/as, Seksyen 7
    13. Seksyen 8 (Berhampiran Surau Blok 17-18)
    14. Seksyen 16 (Berhadapan Dewan Orang Ramai)
    15. Jln 18/34 – Klinik Ahmad Shah, Seksyen 18
    16. Seksyen 19 (Tapak Pasar Malam)
    17. Seksyen 24 (Tapak Usahawan Mikro)
    18. Tapak Pasar Malam, Seksyen 27
    19. Seksyen 28 (Berhampiran Kfc)
    20. Seksyen 31 (Jln Anggerik Aranda B 31/b Depan Pondok Polis Kota Kemuning)
    21. Jln Utarid U5/10) TPM, Seksyen U5
    22. Seksyen U8 (Jalan C U8/c Bukit Jelutong hadapan Mydin)
    23. Seksyen U10 (Tapak Penjaja Sementara)
    24. Subang 2 (Tapak Pasar Malam)
    25. Seksyen U13 (Setia Alam – CIMB Bank)
    26. Seksyen U20 (bbsb Fasa 1) (Bukit Rahman Putra)
    27. Pejabat Luncai Emas, Seksyen U20 (bbsb Fasa 2)
    28. Seksyen U20 (bbsb Fasa 3) (Econsave)

    Subang Jaya

    1. SS13, Subang Jaya (Jalan SS 13/2)
    2. Usj 7, Subang Jaya (Jalan Usj 7/3 – Belakang Gerai Majlis Usj 7)
    3. Subang Jaya (Jalan Usj 4/5), Usj 4
    4. Usj 1, Pangsapuri Angsana (Tapak Bersebelahan Surau)
    5. Pinggiran Usj (Jalan Pinggiran Usj 1/1)
    6. Taman Batu Tiga (Lorong Belian 1, bersebelahan Gerai Majlis Batu 3)
    7. Putra Heights (Jalan Putra Indah 9/1c, berhadapan Flat Sri Mutiara)

    Puchong

    1. Taman Puchong Perdana (Jalan Perdana 2/1)
    2. Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)
    3. Taman Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Bersebelahan Surau Ra’ayah)
    4. Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/1 & 5/3)
    5. Puchong Utama (Jalan Utama 2/1, Taman Maju Jaya)
    6. Taman Puchong Utama (Jalan PU 7/1)
    7. Puchong Indah (Jalan Indah 2/1)
    8. Taman Wawasan (Jalan Wawasan 2/22, Pusat Bandar Puchong)

    Kinrara

    1. Bandar Kinrara Seksyen 5 (Jalan BK 5A/1)
    2. Taman Kinrara Seksyen 4 (Jalan TK4)
    3. Taman Tenaga (Jalan Cenuk 1, Tapak Letak Kereta)

    Serdang & Seri Kembangan

    1. Taman Seri Serdang (Jalan 18/30)
    2. Jalan PP 1/2, Taman Pinggiran Putra
    3. Taman Equine (Jalan Putra Permai 1B)
    4. Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil
    5. Taman Lestari Putra (Persiaran Lestari Puchong)
    6. Taman Lestari Perdana Seksyen 7 (Jalan LP 7/5)

    Kajang

    1. Jalan Menghala ke SMAP Batu 13, Jalan Cheras Kajang.
    2. Jalan 2A – 2E, Desa Sri Jenaris (Tapak Pasar Malam Hari Ahad)
    3. Di Tanah Milik Persendirian Dataran Prima Saujana
    4. Taman Prima Saujana, Kajang
    5. Jalan Reko Sentral 2, Jalan Reko Sentral
    6. (Tapak Pasar Malam Hari Selasa) Jalan 2, Taman Kajang Perdana
    7. Jalan Jasmin 1, Taman Jasmin, Kajang
    8. Tempat Letak Kereta, Hadapan Deretan Kedai Taman Zamrud)
    9. Jalan Kajang Mewah 7A, Taman Kajang Mewah
    10. Taman Ramal Indah (Tapak Pasar Tani)
    11. Jalan Hentian 1, Hentian Kajang (Tapak Pasar Malam Hari Isnin & Jumaat)
    12. Taman Kajang Utama, Jalan 3/1, Seksyen 3
    13. Jalan Indah 1 (Hadapan Lot Kedai Sg.Jelok)

    Cheras

    1. Taman Suntex, Batu 9, Cheras
    2. Jalan Temenggung 21/9, Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
    3. Kawasan Lapang, Belakang Apartment Zapin, Taman Balakong Jaya
    4. Jalan CJ8, Taman Cheras Jaya
    5. Jalan Taman Tun Perak 3 (Berhadapan Bangunan Komp.Kord Badminton Pro One)
    6. Kawasan Lapang Bersebelahan Padang Bola Sepak Taman Desa Baiduri Awam
    7. Tempat letak kereta, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussien Onn
    8. Tapak letak kereta Desa Serdang, Jalan Desa Serdang 1 (Hadapan Bangunan Minlon)
    9. Tapak Pasar Malam Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing

    Bandar Baru Bangi

    1. Persiaran Bandar 2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
    2. Jalan 7/7B, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (Menggunakan sebahagian bahu Jalan 7/7B sahaja)
    3. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi (Tapak Pasar Malam)
    4. Tempat Letak Kereta, Jalan 3/69, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
    5. Tapak Pasar Malam Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
    6. Jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra (Tapak Lama Pasar Malam Selasa & Sabtu)

    Beranang

    1. Tapak Pasar Malam, Bandar Tasik Kesuma
    2. Tapak Pekan Sehari Beranang

    Hulu Langat

    1. Tapak Pasar Malam Taman Seri Nanding
    2. Bersebelahan Padang Futsal, Taman Desa Sentosa

    Semenyih

    1. Jalan Semenyih Sentral 1
    2. Seksyen 1, Berhampiran dengan Pasaraya Billion, Bandar Teknologi Kajang

    Ampang

    1. Pandan Indah (Tempat letak kereta Padang Perbandaran MPAJ)
    2. Pandan Jaya (Tempat letak kereta Jalan Pandan 3)
    3. Cheras Indah (Hadapan Dewan Komuniti)
    4. Pandan Mewah (Tempat letak kereta sebelah padang)
    5. Pandan Cahaya (Tempat letak kereta Jalan Pandan Cahaya 1/1)
    6. Taman Melawati (Hadapan Pejabat Pos Lama)
    7. Kampung Pandan (Tempat letak kereta Pandan Utama)
    8. Medan Selera Angsana Hilir (Tempat letak kereta)
    9. Lembah Maju (Berhampiran Simpang Empat)
    10. Kampung Tasek Permai (Hadapan Masjid)
    11. Kampung Melayu (Jalan Jati)
    12. AU 2 (Jalan Au2a/16)
    13. (Hadapan 7 Eleven) AU 4/1
    14. AU 5 (Tempat letak kereta Medan Selera)
    15. Taman Permata (Hadapan Pasaraya Hari-Hari)
    16. Melawati Jalan E1
    17. Bukit Antarabangsa (Jalan Wangsa Ukay 2)
    18. Ukay Perdana (Hadapan Restoran Ali Maju)
    19. Taman Melor (Tempat letak kereta)
    20. Bandar Baru Ampang (Pasar Bandar Baru Ampang)
    21. Ampang Water Front (Tempat letak kereta Fasa 2)
    22. Bukit Indah (Sebelah Restoran Dalila, Tempat letak kereta)
    23. Ampang Jaya (Tempat letak kereta Jalan 1)
    24. Kompleks Muhibbah (Taman Nirwana)
    25. Keramat Permai (Jalan AU 1d)
    26. AU 3 (Tempat letak kereta Flat PKNS 13 & 14)
    27. Pandan Indah, Jalan  3/2b
    28. Taman Kosas (Tempat letak kereta Jalan Kosas 1/1)
    29. Pandan Perdana (Hadapan Guardian)
    30. Cheras Hartamas (Blok A1, Flat Bukit Segar)

    Batu Caves

    1. Taman Wilayah Selayang Fasa 3
    2. Tapak Parking Pasar Selayang
    3. Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching
    4. Pasar Sentul
    5. Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
    6. Ppr Batu Muda
    7. Kompleks Mutiara, Batu 31/2, Jalan Ipoh
    8. Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

    Semoga Senarai Bazar Ramadhan Selangor 2017 ini boleh dijadikan panduan anda bagi membeli juadah berbuka puasa kegemaran anda. Jika anda mempunyai lokasi dan tempat bazar Ramadhan yang lain, sila komen diruangan di bawah ini. Selamat berpuasa !

     

Load More
Congratulations. You've reached the end of the internet.